Wednesday, May 18, 2016

Ambil CATUABA Ada Kesan Sampingan?

Ada Kesan Sampingan?

TIADA kesan sampingan. Tapi, sebagaimana yang kita sedia maklum, sesuatu produk yang berkesan dalam merawat penyakit akan ada kesan pemulihan (healing crisis) yang berlaku sementara sebelum masalah utama penyakit tersebut dirawat. Sama seperti Catuaba Nourishing Essesnce ini, kesannya dapat dilihat lebih cepat umpama ia men'scan' penyakit-penyakit yang kadang-kadang kita sen...diri tidak tahu kita menghidapinya. Antara kesan-kesan postitif lazim yang terus dapat dirasai ialah:

1. Tidur menjadi lebih lena, walau cuma tidur beberapa jam tapi terasa segar apabila terjaga.
2. Pembuangan air besar, kecil dan angin menjadi lebih lawas.
3. Badan terasa segar dan tidak mudah terasa penat.
4. Badan mudah berpeluh menandakan pembuangan toksin menjadi aktif.
5. Hubungan suami isteri menjadi lebih memuaskan.

Namun, bagi penghidap-penghidap penyakit kronik, kesan-kesan pemulihan yang lebih terasa mungkin berlaku. Sesetengah pengguna akan merasa pening, demam atau lenguh-lenguh badan. Ini adalah tanda-tanda biasa dan anda tidak perlu khuatir kerana keadaan ini mungkin hanya berlaku selama 1 - 2 hari (bergantung pada individu - ada kalanya sekejap, adakalanya lama). Teruskan mengambil Catuaba Nourishing Essence ini tanpa menghentikannya apabila berlaku kesan-kesan pemulihan di atas. Apabila anda kembali normal, anda akan merasa diri anda LUARBIASA & LIARBIASA...

PERINGATAN PENTING:
Pesakit yang sedang menerima rawatan doktor, jangan tinggalkan ubat doktor secara mengejut semasa mengambil produk ini terutama bagi pesakit darah tinggi, jantung dan kencing manis. Kurangkan dosej ubat mengikut nasihat doktor.